Home » » SAS Jalin Kerjasama

SAS Jalin Kerjasama

Written By Khoir Black on Sabtu, 06 April 2013 | 08.45.00

U Mobile, SAS jalin kerjasama Andrew Tan (kiri) dan Jaffa bertukar dokumen pada majlis pemeteraian perjanjian antara SAS Malaysia dan U Mobile di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Farizul Hafiz Awang
Tambah keupayaan analitikal dalam operasi

U Mobile Sdn Bhd, pengendali mudah alih 3G menjalin kerjasama dengan SAS Malaysia bertujuan untuk menyepadukan penyelesaian Visual Analytics SAS dengan operasi U Mobile.
Ketua Eksekutifnya, Jaffa Sany Ariffin, berkata langkah berkenaan diambil bagi membolehkan eksekutif syarikat mengakses data tingkah laku pengguna dalam masa sebenar bagi membuat keputusan perniagaan yang lebih bermaklumat.


“Menerusi penambahan keupayaan analitikal dalam operasi, kami yakin dapat meneruskan perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan di samping meningkatkan bahagian pasaran kami di seluruh negara.

Sasar tingkat jumlah pengguna

“Kami menguasai 10 peratus daripada pasaran dengan empat juta pengguna sedia ada. Kami menyasar meningkatkan jumlah pengguna kepada 15 hingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian berkenaan, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan SAS Malaysia, Andrew Tan.
Jaffa berkata, fasa pertama penyepaduan Visual Analitics SAS membabitkan bahagian pemasaran, pembangunan produk dan jualan U Mobile.

“Menerusi sistem perisian berkenaan, pembekal dapat mengetahui aliran pasaran dan kami memperoleh analisis mendalam mengenai profil, tingkah laku dan corak penggunaan pengguna U Mobile,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata, perisian Visual Analitics mampu memberi kelebihan daya saing yang besar kepada U Mobile.

“Kelebihan perisian berkenaan adalah sistemnya yang mesra pengguna dan ciri carta auto yang membolehkan pemilihan format terbaik bagi menggambarkan maklumat secara automatik.

“Ia juga boleh diakses daripada pelbagai jenis peranti berkeupayaan web seperti iPad dan sebagainya,” katanya.
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar